5 Kerja Part Time Paling Lumayan DiBongkar!
Jika anda sedang tercari-cari kerja part time yang mampu menjanjikan pendapatan lumayan, anda memang bernasib baik. Ini kerana saya akan dedahkan 10 kerja part time paling lumayan yang boleh anda jalankan untuk menjana pendapatan sampingan.
Kerja Part Time #1 : Pembantu Kedai Makan
Kedai-kedai makan tumbuh seperti cendawan apabila tibanya waktu malam. Ini sebenarnya adalah peluang bagi anda yang mencari kerja part time untuk buat duit antara RM20-RM40 satu malam. Mereka sangat-sangat memerlukan pekerja-pekerja part time untuk membantu mereka samada membuat air, membasuh pinggan atau mengambil pesanan pelanggan dan sebagainya.
Kerja Part Time #2 : Pembersih Rumah
Untuk mereka yang sibuk bekerja 5 atau 6 hari seminggu memang tiada masa untuk membersihkan dan mengemas rumah. Disinilah tugas anda diperlukan untuk mencuci bilik air, mencuci dan mengelap lantai, membasuh pakaian atau melipat pakai dan sebagainya. Biasanya anda boleh mengambil upah sebanyak RM50-RM80 sehari atau bayaran mengikut jam. Untuk mencari pelanggan anda boleh mengedarkan risalah dari rumah ke rumah.
Kerja Part Time #3 : Basuh Kereta
Walaupun pusat basuh kereta sudah banyak di taman-taman, ramai yang tiada masa untuk menunggu lama untuk membasuh kereta. Tugas anda ialah membasuh kereta ketika mereka ada dirumah. Jika biasanya bayaran untuk satu kereta ialah RM10, anda perlulah mengurangkan bayaran antara RM5-RM7 untuk menarik perhatian pelanggan. Jangan lupa untuk tinggalkan nombor telefon anda mana tahu mereka akan memerlukan anda pada masa akan datang.
Kerja Part Time #4 : Tutor
Jika anda mempunyai kemahiran dalam subjek seperti matematik, sains, english atau bahasa malaysia, mengapa tidak gunakan kemahiran ini untuk buat kerja part time dan jana pendapatan sampingan. Menjadi tutor dari rumah ke rumah
sudah pastinya mendapat permintaan kerana tugas ibu bapa yang selalu sibuk. Anda boleh memeriksa kerja rumah, memberikan latihan dan menerangkan subjek yang sukar difahami disekolah.
Kerja Part Time #5 : Web & Facebook Designer
Syarikat dan kedai-kedai kecil kini berlumba-lumba untuk memperkenalkan produk dan syarikat mereka diinternet. Tugas anda disini ialah membantu mereka mereka-cipta laman web dan facebook pages. Anda boleh meletakkan bayaran antara RM100-RM200 untuk satu web dan facebook pages. Anda pastinya boleh meminta bayaran tambahan jika mahukan web mereka tinggi dalam carian google atau yahoo.
Walaupun kerja-kerja part time ini memerlukan sedikit usaha dan tenaga ianya sungguh berbaloi daripada masa anda dihabiskan dengan menonton TV atau melepak sahaja di rumah.
Jika anda mahukan satu kerja part time yang paling menarik SILA KLIK DISINI



