Rahsia Ajaib Pakcik Y Buat RM700,000 Dari Rumah
Ramai yang menjangka kerja dari rumah susah untuk jadi kaya. Disini saya akan buktikan sebaliknya. Jika anda bercadang untuk kerja dari rumah dan mengikut apa yang saya akan tunjukkan, tiada sebab anda juga mampu menjana kekayaan yang diluar dugaan. Saya akan dedahkan satu konsep kekayaan yang ramai orang tidak tahu, dan ini menyebabkan mereka mengigit jari setelah bekerja kuat berpuluh tahun tapi tak juga kaya-kaya.
Apa sebabnya?
Apabila mendapat gaji setiap awal bulan, (tidak kira samada RM500 atau RM10,000 sebulan), biasanya, perkara pertama yang kita akan buat ialah berikan gaji kita kepada bank (ansuran kereta, rumah dan kad kredit). Kita juga baik hati dan berikan gaji kita kepada TNB, Astro, SAJ. Oh ya, tidak lupa juga kita berikan gaji kita untuk jadikan Tesco, Giant
dan restoran mamak jadi lebih kaya.
Masalahnya ramai yang LUPA untuk berikan gaji kepada diri mereka sendiri terlebih dahulu. Hasilnya selepas berkhidmat selama 30-40 tahun, tiada apa yang boleh dibanggakan melainkan kereta dan rumah yang masih berhutang dan duit
pencen yang cukup makan sahaja.
Jadi Rahsia Kerja Dari Rumah #8: Anda mesti membayar paling kurang 10-30% kepada diri anda terlebih dahulu, kemudian barulah berikan kepada orang lain. Buatlah secara automatik, melalui potongan gaji dan simpan dalam ASB, ASW atau dana amanah lain.
Anda mungkin tidak percaya hebatnya rahsia kekayaan #8 ini, lihat apa yang terjadi kepada pakcik Y yang berjaya menjana RM700,000!!
— Kisah Benar Pakcik Y —
Pakcik berkahwin awal tahun 80′an. Untuk 10 tahun pertama, pakcik dan makcik berjimat2 cermat sakan. Pakcik simpan dari RM1k, makcik dari RM500 sebulan dalam ASB/ASB, kemudian tambah sikit2 bila ada promotion tanpa bermewah-mewah.
10 bulan setahun kami menabung, bulan raya dan bulan Disember kami tidak menabung. Pakcik beli keto pertama model second hand sahaja, tinggal pula dirumah sewa selama 7 tahun. Kami tak pakai orang gaji. Shoping kat pasar malam saja.
Pada awal tahun 90′an berkat berjimat cermat dan menabung dalam ASN/ASB – wang terkumpul termasuk dividen dalam ASB pakcik&makcik masing-masing mencapai RM200,000+ dan RM100,000+ [Jumlah melebihi RM300,000].
Selepas tu pakcik dan makcik simpan sikit2 jer dan menikmati pulangan yang lumayan. Hasil daripada pulangan kami telah langsai semua hutang termasuk hutang perumahan makcik. Makcik telah berhenti kerja pada tahun 1997 kerana pulangan pelaburannya ‘mencukupi’ untuk bekalan tua. Pakcik masih bekerja dan kini berfikir untuk ambil persaraan opsyen.
Pada tanggal 2,Jan 2009 baru2 ni Pakcik dan makcik masing-masing mendapat pulangan RM34,000+ dan RM16,000+ [jika dicampur jumlahnya sekitar RM50,000] dari pelaburan ASB.
Kini jumlah dalam ASB pakcik=RM480,000.00+, dan makcik RM220,000.00+ [total RM700,000.00+] dan berjaya mengutip sekitar RM50,000.00 setahun…
Kini pakcik sedang timbang2 untuk bersara awal kerana pulangan ASB dicampurkan dengan pension dijangka melebihi perbelanjaan tahunan – boleh simpan atau gi holiday kat luar negeri. Pakcik hanya akan keluarkan dividen sahaja setiap tahun, wang pokok dalam ASB biarlah disitu sebagai pusaka untuk anak2.
Moral: Berjimat dan menabunglah sebanyak mungkin untuk sepuluh tahun pertama, insyaAllah cerah masa depan.
Bila membeli kereta, pastikan harganya tidak melebihi 18 bulan pendapatan, seelok2nya 12bulan sahaja.
Bila membeli sebuah rumah, jangan melebihi 50 bulan pendapatan.
wassalam
- Pakcik Y
———
Jika anda bekerja dari rumah, masanya belum terlambat untuk anda laksanakan rahsia kerja dari rumah #1 : BAYAR 30% KEPADA DIRI SENDIRI DAHULU, iaitu sasaran 30% daripada gaji anda atau mulakan dengan 5% adalah lebih baik daripada langsung tidak membayar apa-apa kepada diri sendiri. Untuk jalan singkat buat duit senanag kerja dari rumah KLIK DISINI

