Formula 70/30 Rahsia Jutawan DiBongkar!
Siapa sangka dengan hanya kerja dari rumah sesorang itu mampu menjana kekayaan seterusnya bergelar seorang jutawan dalam masa yang singkat. Dalam zaman teknologi yang serba canggih ini, banyak kemudahan yang berada di hujung jari untuk sesiap juga mencipta kejayaan dan kekayaan.
Ini bukanlah satu fantasi atau cerita dongeng semata-mata. Ramai yang kini kerja dari rumah telah mampu bergelar seorang jutawan muda. Mereka tak perlu lagi membodek bos untuk naik pangkat atau nakkan gaji lebih. Mereka megatur hidup mereka sendiri. Buat apa yang mereka suka – melancong, shopping sakan, santai dipantai setiap hari dan memandu kereta sport!
Bagaimana sesorang yang bermula dari bawah mampu membina hidup sebagai jutawan dalam masa yang singkat. Apakah rahsia mereka yang kita tidak tahu?
Anda bernasib baik kerana saya akan kongsikan dengan anda satu teknik atau formula yang biasa digunakan oleh mereka yang telah berjaya dalam hidup.
Adalah sesuatu yang baik jika teknik ini dapat anda mulakan secepat mungkin dan kongsikan bersama keluarga atau teman rapat anda.
Apa dia Formula 70/30 Jadi Jutawan Dari Rumah?
Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian:
70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan shopping! Jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda.
Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan, anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut.
Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!
-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma kemasjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawa kebahagian dan digandakan!
-10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes. Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi kursus, beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.
-10% terakhir (RM200) anda simpan untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.
Nota: Jika anda menyimpan RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah:
>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun) – Anda Bakal Bergelar JUTAWAN!!
Formula Kerja Dari Rumah 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik diatas untuk masa depan anda.
Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen. Jadi jangan menyesal selepas 40 tahun anda bekerja makan gaji anda hanya mengharapkan RM50,000 atau RM100,000 di KWSP. Kajian menunjukan dalam masa 3 tahun warga pencen terpaksa bekerja semula kerana kehabisan wang simpanan.
Jadi jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, dengar kata saya dan ikut Formula Jutawan 70/30 mulai hari ini dan jangan kata saya tidak mengingatkan anda betapa pentingnya formula kekayaan yang menakjubkan ini!
